Pee Mak yang sedang berperang dan mengalami luka ditembak yang sangat parah. Disebabkan
rindu dan rasa cinta terhadap isterinya yang sedang hamil, Pee Mak berjuang bermati- matian untuk survive di medan perang
tersebut. Setelah masa tugasnya selesai, Pee Mak beserta 4 temannya; Ter, Aey,
Shin, dan Puak, pulang ke kampungnya.
Ke-4 temannya dapat merasakan sesuatu dan mula mencurigai tentang diri Nak. Selain
itu penduduk sekitar sangat takut terhadap Nak dan berusaha memperingatkan Mak
bahawa Nak sudah meninggal beberapa bulan yang lalu dan yang kini tinggal
bersama Mak adalah hantu Nak yang tidak rela berpisah dari suaminya.
Kini adalah tugas Ter, Puak, Aey, dan Shin yang harus meyakinkan Mak untuk
menjauhi Nak.
Bagi penggemar film horor Thailand pasti sudah tidak asing lagi dengan filem
Nang Nak di tahun 1999, yang merupakan salah satu adaptasi folklore asal negeri
Gajah Putih tersebut tentang seorang isteri yang meninggal dan menjadi hantu
hanya kerana tidak rela berpisah dengan suaminya.
Dan yang paling mencuri perhatian adalah 4 orang sahabat yang sudah disebutkan
tadi. Jika tidak ada mereka, mungkin Pee Mak akan berubah menjadi horor biasa
dan tidak memiliki something to remember. Ke-4 orang tersebut juga menghadirkan
trademark mereka, di mana mereka menyinggung atau menyebut filem- filem terkenal
sebagai reference dan juga menyindir perfileman Thailand
Filem ini menggunakan latar abad selepas perang dunia kedua. Saat orang Siam masih lagi berkemban, bagaimana pun latar funfair agak moden untuk zaman itu. Feris Wheel nampak seakan dizaman 90an.
Filem ini mengabungkan elemen horro-comedy, sedikit seram dan lebih jenakanya. Watak hantu Nak tampak real bagaimanapun hilang bila elemen sedih dan cinta antara suami isteri lebih diketengakan diakhir cerita.
Akhirnya 4 sahabat Mak dapat menerima kehadiran Nak dalam hidup mereka, tampak melawan logika. Nak juga membantu sami dengan membaiki tokong. Mereka membuka rumah hantu ditapak funfair, dan mendapat keuntungan. Orang kampung masih lagi cuba menghalau Nak dari kampong.
Filem ini lebih kepada love story yang ada dalam filem Nang Nak.