Sana sini dah kedengaran bising-bising. Yang nak ambil result SPM anak, tapi mak bapak pulak yang lebih risau. Bahkan sebelum anak masuk dewan peperiksaan lagi mak bapak dah buat macam-macam 'ritual' agar anak berjaya dalam SPM. Penulis merasakan suatu keganjilan dalam masyarakat Melayu kini. Ada mak bapak yang sediakan air jampi, kismis jampi dan macam-macam lagilah benda yang boleh dijampi. Walhal anak bangsa lain bawa air masak biasa jer ke sekolah. Hinggakan ada anak Melayu yang bila ada anak Cina nak minta air minum sikit dia menjawab tak boleh, kerana air ini sudah dijampi. Bagaimana jika ditakdirkan anak Melayu ini mendapat keputusan yang kurang baik berbanding anak Cina tadi? Bukankah agama ini akan kelihatan murah?
Ramailah staff lepasan SPM kat tempat kerja penulis nak apply cuti nak ambik result SPM. Jadi ikut nasiblah, sape yang kebetulan off hari tu, then bolehlah pergi ambik result dengan tenang. Dan mana yang kena bekerja, harap bekerjalah dengan tenang. Lagipun dalam zaman telekomunikasi sekarang anda boleh cek result dengan sms jer. Bukan macam zaman penulis dulu. Hp pun baru test-test market jer. Time tu paling top Hp jenama Ericsson, sekarang dah dikenali Sony Ericsson. Kiranya sape ada hp time tu memang meletop lah.
Penulis tunggu setahun kemudian, masa tu penulis melanjutkan pengajian di UiTM Bkt Mertajam, Pulau Pinang. Hp pertama penulis masa tu Nokia 3210. Memang top, baru keluar market. Dalam UiTM tu ada 2 orang jer yang guna Hp model ni. Kira hebat jugaklah. Penulis guna line 017 syarikat Adam, kemudian Adam di tukar ke TimeCell dan sekarang di kenali Hotlink sub Maxis. Hp tu merupakan Hp pertama ada permainan, tiada antena, dan ada komposer untuk kompos lagu. Saingannya Alcatel.
Namun zaman cepat berubah, sekarang bebudak sekolah rendah pun dah ada smartphone. Lagi hebatlah kiranya. Tapi kalau nak compare dulu dengan sekarang, tak banyak beza. Walau semaju mana pun kita, penulis tak pernah rasa megah. Dunia kan tetap terus berputar mengikut arusnya. Yang penting bagaimana kita mengurus perjalanan hidup kita. Penulis nak berkongsi artikel seperti yang di bawah khas untuk mereka-mereka yang bakal mengambil result SPM.
KUALA LUMPUR 15 Mac - Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012
akan diumum pada Khamis ini.
Memetik kenyataan Kementerian Pelajaran,
kesemua calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing
selepas 10 pagi pada hari berkenaan.
"Bagi keputusan calon persendirian,
ianya akan dimaklumkan menerusi kiriman pos ke alamat kediaman para
pelajar.
"Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada
Khamis ini, dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 27 Mac," katanya.
Calon
SPM 2012 juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas
mySMS dengan menaip SPM jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran
dan hantar ke 15888.
Sementara itu, pengumuman analisis keputusan SPM
akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di
Putrajaya pada 9 pagi hari yang sama.
Peperiksaan bertulis SPM diadakan
dari 5 November hingga 6 Disember tahun lalu dengan seramai 472,541 calon
mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 3,590 pusat di seluruh Negara.
No comments:
Post a Comment