OZ: The Great and Powerful

Penulis baru sahaja menonton filem fantasi ni. Sejenak terasa di bawa ke alam khayalan penuh warna warni seperti dalam filem Avatar dan Stardust. Filem ni cukup hebat dengan kesan khas, kesan bunyi, kamera trick dan watak-wataknya. Filem ni ada juga ala-ala filem Alice in Wonderland. Penulis menjangkakan filem ni just update dari filem Oz yang dulu.

 
 
Oleh itu,  penulis harapkan ia adalah sebuah prekuel dari filem Oz yang terdahulu... Permulaan yang bermula dengan gambar hitam putih agak panjang dan mula membosankan. Selepas Oscar sampai di Oz, barulah gambar mula berwarna, dan seketika kita akan dibawa 'ronda-ronda' di alam fantasi.
Well, penulis boleh mengatakan secara keseluruhan, filem ini cukup hebat dan gah, tetapi benar-benar tidak masuk akal bila mana rakyat di Negara Oz tak dibenarkan membunuh. Paling kuat pun buang negara. Tapi begitulah halnya dengan filem fantasi ini. Watak-wataknya disusun dengan kemas, Finley makhluk kera yang boleh terbang berperanan ala-ala bellboy dengan sikap setia pada tuannya, Knuck pula penjaga istana.

Belon udara Oscar mula sampai di Oz
 
Penulis benar-benar kecewa dengan lakonan James Franco, dia berusaha keras menjadi seperti Johnny Depp dalam Alice in Wonderland. Mila Kunis sebaliknya adalah salah dibagi watak (bagi saya), beliau seolah-olah tak serasi dengan watak Theodora, yang penuh dengan kesakitan dan kemarahan. Michelle Williams, beliau membosankan, espressi wajahnya tak menggambarkan seperti anak raja. Nasib kita mempunyai Rachel Weisz, berlakon dengan baik, sesuai dibagi peranan utama antagonis. Pandai dalam mengeksploitasi keadaan.
 
 porcelain dolls dan Oscar dalam perbincangan
 
Penulis menjangkakan jenis sekuel selepas melihat filem ini, bukan untuk niat penulis tetapi ini adalah apa yang filem ini ingin katakan. Penghujung kisah Oscar tergantung-apa yang terjadi, samada dia balik ke dunia manusia-menjadi orang yang dikehendaki atau terus tinggal di Negara Oz-beliau perlu ada identiti baru, kerana Oz telah disangka mati oleh rakyatnya.
Penulis mempunyai keraguan pada mulanya, tetapi Sam Raimi telah mencipta sebuah cerita visual yang menakjubkan, menarik yang masih menyimpan semangat klasik Wizard of Oz. Walaupun Sam Raimi sebelum ni lebih cenderung menghasilkan filem-filem seram.
Sinopsis;
Filem "Oz The Great and Powerful" berkisah tentang seorang penghibur sarkis bernama Oscar Diggs (James Franco) yang secara tak sengaja diterbangkan puting beliung ke sebuah dunia yang penuh keajaiban bernama Negara Oz. Di dunia barunya tersebut, Oscar mengaku dirinya sebagai seorang penyihir hebat dan merasa sudah popular dan berjaya.
Tapi malangnya, khabar tentang kehadiran Oscar di Oz diketahui oleh tiga penyihir wanita bernama Theodora (Mila Kunis), Evanora (Rachel Weisz), dan Glinda (Michelle Williams), dan ketiga penyihir tersebut tidak percaya kalau Oscar adalah seorang penyihir yang hebat.
Masalah pun terjadi di Oz dan rakyat terpaksa lari bersembunyi bersama Glinda, Oscar harus tahu mana kawan dan mana lawan. Menggunakan ilmu ilusi dan kecerdikannya, Oscar mengubah dirinya menjadi "Wizard of Oz" yang besar dan kuat, dan juga menjadi lelaki yang lebih baik. Konflik dalaman diri Oscar juga tercetus, bila dia keliru samada menjadi seorang yang budiman atau menjadi seorang yang hebat.
 

No comments:

Post a Comment