JACK THE GIANT SLAYER - berwajah baru

Penulis ronda-ronda ke Setia City Mall, bangunan office dah banyak yang naik. Kawasan tu kurang dikenali oleh warga Shah Alam, lain pulak dengan TTDI dan kawasan ber-seksyen yang lain. Kawasan pembangunan oleh SP Setia ni banyak keunikannya. Tempatnya tenang, banyak pokok dan deretan rumah-rumah mewah. Penulis merasakan kawasan ini dibangunkan sebagai tempat persaraan.
Dihadapan Mall ada kawasan berumput berbentuk oval, ada jambatan mini menghubungkan ke tanah besar. Kawasan mini taman kanak-kanak. Dan sebelahan ada Convention Center.


Tujuan penulis ke Setia City Mall sebab nak tengok filem Jack the Giant Slayer. Cerita berasaskan kisah lama Jack and the Beanstalk,  bagaimanapun sebahagian besar lebih logik dan realistik, penulis tidak merasakan pengarah sekadar copy paste dari buku cerita dongeng ke skrip filem. Tetapi pada masa yang sama ia tidak seperti meleret-leret, dan tidak juga seperti dongengan seperti Hansel and Gretel: Witch Hunter. Ia menyentuh logika akal dan minda dan dapat berfungsi dengan baik. Dalam erti kata lain cerita ini tidak rehashing tetapi agak reimagining
Hero dalam filem ni, dan dalam Warm Bodies masih orang yang sama. Bakal jadi pelakon baru harapan terbaik ni.


Walaupun perkara yang keseluruhannya lower-class-guy-meets-upper-class-girl nampak agak lebih-lebih. Penulis juga suka idea praktikal lain seperti seluruh negeri dapat dilihat melalui pendakian yang panjang, dan bukannya hanya satu dua jam. Jack the Giant Slayer adalah sebuah filem yang bakal diminati dengan plot yang sederhana. Ia menghiburkan tanpa menawarkan apa-apa yang baru. Jika anda pergi menonton Jack the Giant Slayer untuk mencari sesuatu yang menggemparkan, anda akan kecewa. Jika anda pergi dengan jangkaan minimum dan hanya harap untuk menonton sebuah filem yang menyeronokkan, anda tidak akan kecewa.

Sinopsis;
Filem "Jack The Giant Slayer" menceritakan seorang petani muda bernama Jack (Nicholas Hoult) yang tanpa sengaja membuka sebuah laluan yang telah lama sekali tertutup dan membawanya ke dunia lain iaitu dunia bangsa gergasi.
 
 
Tanpa Jack sedari, dia telah memulakan perang antara manusia dengan gergasi kerana para gergasi tersebut boleh memasuki dunia manusia. Jack harus bertanggungjawab atas perbuatannya membuka laluan terlarang tersebut.
Perang besar pun tidak dapat dielakkan. Jack berusaha bertarung dengan para gergasi demi menjaga kerajaan, rakyat dan cintanya kepada puteri raja. Maka berlakulah peperangan terhebat abad itu. Ada konflik pengkhiatan, setiakawan, percintaan dan ngeri bila lihat gergasi makan manusia, macam makan ulam. Walau bagaimanapun gergasi yang besar dan ganas ni, ada kelemahannya. Mereka tunduk kepada sesiapa yang memakai mahkota sakti.
 
Macam biasalah hero mesti menang, so di takdirkan Jack yang dapat pakai mahkota tu, so dia pun halau balik semua gergasi kembali ke dunia diorang. Mahkota sakti pun ditempa semula dan dijadikan mahkota di Raja England, dan di simpan di muzium London.
 
 

No comments:

Post a Comment