WHITE HOUSE DOWN
John Cale (Channing Tatum) adalah seorang polis Washington yang bertugas sebagai pengawal ahli cabinet White House. Impiannya hanya satu: Menjadi seorang Secret Service. Di hari dia akan menjalankan sesi temuduga dengan Secret Service Finnerty (Maggie Gyllenhaal), John mengajak anaknya, Emily (Joey King) dengan maksud untuk memperbaiki hubungan dengan anaknya.
Malang, White House diserang sekumpulan pengganas diketuai Emil Stenz (Jason Clarke) yang tidak selesa dengan politik damai dari Presiden Sawyer (Jamie Foxx). John mahu tidak mahu harus terlibat demi menyelamatkan anaknya sekaligus menyelamatkan Presiden.
Sesi kejar mengejar antara pengganas dan John+Presiden berlangsung. Adegan cemas lebih kepada jenaka. Seriusnya seorang presiden bertukar kepada seorang pelawak. Emily menjadi penghubung antara situasi didalam White House dengan mengupload clip ke Youtube.
Berita dan media masa di US sibuk mencari bahan. Sementara Finnerty sekadar dapat membantu dari luar White House. Dalam masa yang singkat, satu persatu individu di angkat menjadi presiden US yang baru.
Serba sedikit dapatlah kita tonton bahawa keadaan dunia hari ini banyak yang direncana dari dalam White House. Di mana pemimpin-pemimpin US sendiri yang sentiasa mencari peluang untuk memulakan peperangan dan menghuru-harakan dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment