Penulis menonton file ini di GSC Pavilion, agak lewat juga menonton filem ini. Watak-watak sebelum ini diteruskan juga. Plot dimulakan dengan Dom dan Brian memecut laju kereta mereka ke hospital tempatan, ini kerana isteri Brian yang juga adik Dom bakal melahirkan anak sulung mereka.
Selepas rompakan di Rio mereka telah menumpaskan empyar
kongsi gelap, dan mendapat hasil $100 juta, mereka melarikan diri dan memulakan
hidp baru. Pada masa yang sama Hobbs(The Rock) mengalami masalah untuk
menangkap penjenayah yang licik (Oven Shaw) dan seringkali dapat melarikan diri
daripadanya.
Jadi Hobbs cuma mengharap kepada Dom dan pasukannya untuk menangkap
Shaw. Hobbs pergi berjumpa Dom dan memujuk Dom untuk membantu beliau, awalnya
Dom menolak tapi Hobbs menunjukkan gambar Letty iaitu kekasih Dom yang disangka
telah mati. Dan akhirnya Dom akur dan mula mengumpulkan seluruh krew-krewnya
untuk menjalankan operasi menangkap Shaw. Sebagai balasan Dom meminta agar
segala tuduhan keatas ahli krewnya dihapuskan dan mereka diizinkan pulang ke
negara asal mereka.
Maka bermulalah episod kejar mengejar di Kota London, London
mempunyai jalan berliku dan sempit, mungkin pemilihan lokasi di London sekadar
untuk menampakkan gimik dalam pemanduan dan plot perlanggaran. Di akhir cerita Letty kembali kepada Dom, dan ingatannya sedikit sedikit kembali pulih. Han pula memulakan hidup baru di Tokyo. Mulalah Tokyo Drift.
No comments:
Post a Comment