NOW YOU SEE ME


Pada awal plot, filem ini mengisahkan tentang 4 ahli silap mata jalanan yang sekadar membuat pertunjukan silap mata secara kecil-kecilan. Mereka telah menerima kad jemputan dari individu misteri supaya berkumpul disebuah apartment. Setelah memasuki apartment tersebut mereka dikejutkan dengan cahaya laser berwarna biru. Laser tersebut berupa blueprint dan setahun kemudian mereka dikenali sebagai 'The Four Horsemen'.

Bagi penulis, filem ini diarah dengan halus dan teliti serta kemas. Jalan cerita disusun satu persatu supaya penonton tidak tahu siapakah dalang sebenar dalam filem ini.

Berikut adalah sinopsisnya
'The Four Horsemen' ialah satu kumpulan ahli silap mata hebat yang diketuai Atlas (Jesse Eisenberg) yang berkarisma, mempersembahkan dua pertunjukan silap mata yang berteknologi tinggi. Pertama, mereka mengejutkan penonton dengan merompak sebuah bank di eropah dan kemudian mendedahkan seorang penjenayah kolar putih dan menyalurkan wang penjenayah kepada akaun bank penonton. Agen khas FBI, Dylan (Mark Ruffalo) bertekad untuk membuat ahli silap mata itu menyesali perbuatan mereka dan menghentikan mereka sebelum pertunjukkan silap mata mereka seterusnya yang dijanjikan sebagai rompakan yang lebih berani. Tetapi dia dipaksa untuk mengambil Alma (Melanie Laurent) sebagai seorang rakan kongsi. Alma ialah seorang detektif Interpol yang tidak dipercayai Dylan. Dia meminta bantuan Thaddeus (Morgan Freeman), seorang pembongkar teknik silap mata yang popular, kerana terdesak. Thaddeus mendakwa bahawa rompakan bank tersebut dibuat dengan menggunakan penyamaran dan teknik video. Satu benda yang Dylan dan Alma berdua setuju ialah kumpulan ahli silap mata itu ada seorang pembantu dari luar dan mencari orang tersebut ialah kunci untuk menamatkan jenayah kumpulan tersebut.

No comments:

Post a Comment