Filem ni mengisahkan pasangan suami isteri yang melakukan perjanjian berdarah dengan syaitan untuk mendapat kemewahan hidup. Macam biasalah, kalau perjanjian dengan syaitan dilanggari maka malapetaka akan berlaku. Gandingan Fizz dan Nabila memang cukup mantap. Manakala pelakon pembantu, macam penambah rasa jer dalam filem ni. Sedikit kekelirun pada penulis, adakah Nabila seorang pengamal ilmu hitam dalam filem ni, sebabnya masa dia lakukan ritual memang nampak seolah dia tahu segala-galanya.
Apapun pada penulis filem ini kurang mendapat sambutan dari penonton tempatan, kekuatan filem ini hanya pada dialognya. Dari segi penceritaan sekadar sederhana.
Sinopsis;
Ianya mengisahkan tentang kehidupan sebuah pasangan iaitu Soraya (Nabila Huda) dan Kamil (Fizz Fairuz) yang telah membuat perjanjian berdarah dengan kuasa kejahatan demi mendapatkan kesenangan hidup. Mereka kemudiannya hidup dengan serba mewah hasil daripada perjanjian itu.
Segalanya bertukar menjadi porak peranda apabila Soraya telah ditahan oleh pihak polis atas tuduhan membunuh. Rahsia perjanjian pasangan Kamil dan Soraya ini mula terbongkar sedikit demi sedikit apabila keluarga Kamil mula diganggu makhluk-makhluk ghaib.
Turut dibantu oleh Wan Sharmila, Azam Pitt, Fiza Elite, Farrah Nadia dan ramai lagi
No comments:
Post a Comment