RAMADHAN 2013

Salam Ramadhan 2013. Hari ni hari pertama umat Islam berpuasa. Semoga Ramadhan tahun ini akan membawa seribu barakah untuk seluruh umat Islam. Kebetulan di hari pertama berpuasa penulis dapat off day. Kerja yang tidak pernah surut dan kurang senantiasa mengundang tekanan.

Selamat berpuasa semua.

 
Di bawah penulis ada sertakan link, tentang beberapa sangkaan tentang puasa. Semoga ilmu ini dapat dikongsi bersama

http://drmaza.com/home/?p=2012

WHITE HOUSE DOWN



John Cale (Channing Tatum) adalah seorang polis Washington yang bertugas sebagai pengawal ahli cabinet White House. Impiannya hanya satu: Menjadi seorang Secret Service. Di hari dia akan menjalankan sesi temuduga dengan Secret Service Finnerty (Maggie Gyllenhaal), John mengajak anaknya, Emily (Joey King) dengan maksud untuk memperbaiki hubungan dengan anaknya.

Malang, White House diserang sekumpulan pengganas diketuai Emil Stenz (Jason Clarke) yang tidak selesa dengan politik damai dari Presiden Sawyer (Jamie Foxx). John mahu tidak mahu harus terlibat demi menyelamatkan anaknya sekaligus menyelamatkan Presiden.

Sesi kejar mengejar antara pengganas dan John+Presiden berlangsung. Adegan cemas lebih kepada jenaka. Seriusnya seorang presiden bertukar kepada seorang pelawak. Emily menjadi penghubung antara situasi didalam White House dengan mengupload clip ke Youtube.

Berita dan media masa di US sibuk mencari bahan. Sementara Finnerty sekadar dapat membantu dari luar White House. Dalam masa yang singkat, satu persatu individu di angkat menjadi presiden US yang baru.

Serba sedikit dapatlah kita tonton bahawa keadaan dunia hari ini banyak yang direncana dari dalam White House. Di mana pemimpin-pemimpin US sendiri yang sentiasa mencari peluang untuk memulakan peperangan dan menghuru-harakan dunia.

MONSTERS UNIVERSITY



Semenjak kecil, Mike Wazowski (Billy Crystal) hanya memiliki satu cita- cita. Menjadi seekor scarer. Dirinya tinggal selangkah lagi untuk menggapai impiannya ketika berjaya diterima masuk ke Monsters University, sebuah i.p.t yang kerap melahirkan scarer- scarer yang berjaya. Namun persaingannya dengan sesama freshman, Jimmy P. Sullivan (John Goodman) mengakibatkan keduanya dikeluarkan dari Scare Program.

Mike pun tidak berputus asa. Bersama Sully dan beberapa monster yang lain, dia mengikuti pertandingan Scare Game yang akan membuktikan dirinya sebagai monster terbaik dan sekiranya pasukannya menang, mereka akan di terima masuk ke Scare Program semula.

Jika masih ingat filem Monsters Inc. kita masih suka dengan hubungan karakter Boo dan para monster. Atau penggambaran Sulley yang memiliki hati. Atau Mike yang tidak hanya sekadar sampingan semata. Semua itu terasa hilang di Monsters University.

Filem ini menceritakan bagaimana permulaan hubungan antara Mike dan Sully. Bagaimana mereka dibuang dari Monsters University, bekerja di Monsters Inc. dari penjaga bilik surat dan seterusnya menjadi seekor scarer. Semangat setia kawan dan saling bantu membantu diterapkan dalam filem ini.

MAN OF STEEL



Clark Kent selalu merasa terasing dari remaja seusianya. Dia memiliki indera yang lebih tajam serta kekuatan yang melebihi kekuatan manusia biasa. Jonathan Kent, yang diyakini selama ini merupakan ayah kandungnya menjelaskan bahawa Clark sebenarnya bukanlah dilahirkan dibumi. Namun dijumpai di dalam sebuah kapsul yang jatuh dari langit.

Selama beberapa tahun Clark mengembara untuk mencari jati dirinya. Hingga dia sampai di Antartika dan menemui bahawa nama sebenarnya adalah Kal- El, anak Jor- El. Kal berasal dari Planet Kripton yang sudah hancur. Sinar matahari, atmosfera, serta tingkat graviti bumi dan radiasinya yang berbeza dari planet asalnya membuat Kal menjadi seorang manusia super di bumi.

Pada saat yang sama seorang tahanan militer Planet Kripton, General Zod, beserta krewnya berjaya bebas dari penjara Phantom Zone. Dan mencari Kal ke seluruh alam semesta hingga menemuinya di bumi. Zod berniat menjadikan bumi sebagai Kripton yang baru dengan cara membunuh seluruh umat manusia.

Untuk cerita disajikan dengan menarik. Pemilihan teknik flashback dirasa sangat tepat. Terasa di sini Nolan mengulangi apa yang dilakukannya pada Batman Begins. Timeline masa kini adalah ketika Clark mencari jati diri sambil mengingat kejadian masa lalu. Chemistry antara Clark dan ibubapa angkatnya cukup bagus. Bahkan beberapa adegan cukup mengharukan. 

Boleh dikatakan filem ini adalah nafas baru untuk Superman, suatu permulaan. Costume baru, watak baru, dan editor Daily Bugle yang tidak putih? Yang itu agak pelik. Penulis melihat musuh pada kali ini tak lari dari makhluk asing yang cuba menawan bumi, manakala ditengahnya makhluk asing juga yang membela bumi.

Tapi bertepatan dengan prinsip Jor-El bahawa setiap individu perlu ada pilihan untuk menjadi siapa, bukan terikat dengan kehendak masyarakatnya. Penerangan Jor-El kepada Kal agak singkat, ibarat menerangkan salasilah masyarakatnya kepada penonton sahaja.
Di akhir cerita Kal-El yang telah dikenali sebagai Superman, berbicara akan membantu USA. Ia walaupun beliau rakyat Amerka dan menetap di Tennessee, tapi beliau telah menyelamatkan dunia, dan menjadi hero dunia. Seharusnya watak heronya harus lebih global.



PEE MAK



Pee Mak yang sedang berperang dan mengalami luka ditembak yang sangat parah. Disebabkan rindu dan rasa cinta terhadap isterinya yang sedang hamil, Pee Mak berjuang bermati- matian untuk survive di medan perang tersebut. Setelah masa tugasnya selesai, Pee Mak beserta 4 temannya; Ter, Aey, Shin, dan Puak, pulang ke kampungnya.

Ke-4 temannya dapat merasakan sesuatu dan mula mencurigai tentang diri Nak. Selain itu penduduk sekitar sangat takut terhadap Nak dan berusaha memperingatkan Mak bahawa Nak sudah meninggal beberapa bulan yang lalu dan yang kini tinggal bersama Mak adalah hantu Nak yang tidak rela berpisah dari suaminya. Kini adalah tugas Ter, Puak, Aey, dan Shin yang harus meyakinkan Mak untuk menjauhi Nak.

Bagi penggemar film horor Thailand pasti sudah tidak asing lagi dengan filem Nang Nak di tahun 1999, yang merupakan salah satu adaptasi folklore asal negeri Gajah Putih tersebut tentang seorang isteri yang meninggal dan menjadi hantu hanya kerana tidak rela berpisah dengan suaminya.

Dan yang paling mencuri perhatian adalah 4 orang sahabat yang sudah disebutkan tadi. Jika tidak ada mereka, mungkin Pee Mak akan berubah menjadi horor biasa dan tidak memiliki something to remember. Ke-4 orang tersebut juga menghadirkan trademark mereka, di mana mereka menyinggung atau menyebut filem- filem terkenal sebagai reference dan juga menyindir perfileman Thailand

Filem ini menggunakan latar abad selepas perang dunia kedua. Saat orang Siam masih lagi berkemban, bagaimana pun latar funfair agak moden untuk zaman itu. Feris Wheel nampak seakan dizaman 90an.

Filem ini mengabungkan elemen horro-comedy, sedikit seram dan lebih jenakanya. Watak hantu Nak tampak real bagaimanapun hilang bila elemen sedih dan cinta antara suami isteri lebih diketengakan diakhir cerita.

Akhirnya 4 sahabat Mak dapat menerima kehadiran Nak dalam hidup mereka, tampak melawan logika. Nak juga membantu sami dengan membaiki tokong. Mereka membuka rumah hantu ditapak funfair, dan mendapat keuntungan. Orang kampung  masih lagi cuba menghalau Nak dari kampong.
Filem ini lebih kepada love story yang ada dalam filem Nang Nak.

AFTER EARTH


Filem After Earth merupakan sebuah filem yang mengisahkan keadaan bumi 1000 tahun setelah terjadinya kehancuran yang memusnahkan hampir seluruh umat manusia, namun ada beberapa orang saja yang selamat dan hidup. Filem ini dibintangi oleh aktor bapak dan anak Will Smith dan Jaden Smith serta diarahkan oleh sutradara berdarah India M. Night Syamalan.
Filem ini berkisah perihal Bumi 1000 tahun sesudah berlakunya bencana dahsyat yang mengakibatkan hampir seluruh manusia di bumi musnah serta cuma sebahagian yang berjaya hidup. Mereka yang hidup tinggal di suatu tempat yang bernama Nova Prime.
Saat Cypher Raige (Will Smith) seorang General yang dapat menjumpai anaknya Kitai Raige (Jaden Smith), tiba-tiba pesawat yang mereka naiki dilanda badai asteroid serta mengakibatkan pesawat tersebut rosak teruk dan menyebabkan Cypher terluka.
Mereka jatuh ke Bumi yang mana pada masa itu bumi adalah tempat yang tidak selamat diduduki. Kitai perlu pergi ke kawasan penyelamatan untuk mendapatkan bantuan dari pasukan penyelamat. Manakala bapanya kian tenat.
Di bumi yang baru itu, mereka mesti menghadapi keadaan baru yang tidak pernah dibayangkan, serta ancaman dari spesis haiwan evolusi yang mendominasi bumi serta makhluk – makhluk aneh yang belum pernah mereka jumpa sebelum ini.
 
Keadaan bumi nyata berbeza, banyak haiwan-haiwan yang berevolusi dan berbahaya. Kitai perlu survive dalam perjalan ke kawasan penyelamatan. Sekiranya beliau gagal, mereka berdua akan mati.
Kitai juga merupakan askar pelatih yang sering gagal dalam ujian untuk dihantar bersama pasukan peneroka planet. Tapi dalam keadaan ini kegagalan bukanlah suatu pilihan buat Kitai.
 
Kitai di pandu oleh ayahnya yang berada di kokpit kapal, disaat bekalan oksigen bersih kian berkurang, keadaan tampak kritikan. Akhirnya keberanian yang ada dalam diri Kitai membantunya melawan segala marabahaya dan ancaman sekitar planet bumi.

BIKERS KENTAL


Bidin Al Zaifa (Zizan) ialah seorang anak muda yang mempunyai minat amat mendalam terhadap motor berkuasa besar. Dia bekerja di sebuah garaj motor milik abang sepupunya, Aidil Al Zaifa (Haron Salim Bachik). Bidin mempunyai satu impian, iaitu menunggang motosikal besar dari Kuala Lumpur terus ke Thailand. Walaupun bersikap cuai, Bidin amat disenangi dan disukai orang ramai. Bidin diberi peluang untuk berkonvoi bersama-sama dengan geng motosikal Eddie Cuardo(Awie), yang merupakan salah seorang pelanggan garaj Aidil. Pengembaraan Bidin bersama Eddie Cuardo dipenuhi pelbagai kisah tragedi dan konflik di antara mereka berdua serta, 2 orang gadis Thailand, Saiya Sukhaporn dan rakannya Cherry Porntit yang mereka jumpa ketika konvoi.

Di awalnya Bidin memang tak de motorbike, nasib menyebelahi dia masa nak balik dari tempat kerja Bidin terserempak dengan pemandu  kereta yang ditembak, dan padanya ada wang hasil rompakan perompak dari Thailand. Dengan duit tersebut Bidin membeli motorbikenya, dan siap air brush.

Dengan motorbike barunya dia dan Eddie konvoi ke Thailand. Setelah berjumpa Saiya dia cuba melengah-lengahkan masa supaya dapat spend masa lebih lama dengan Saiya. akhirnya taktik kotor Bidin diketahui. Bidin ditinggalkan dan ahli konvoi yang lain meneruskan konvoi.

Bidin akhirnya meyesal dan mencari sendiri jalan ke tempat pertandingan. Sementara tu, dua perompak yang sentiasa mengekori Bidin telah menangkap Saiya dan Cherry. Bidin perlu menyelamatkan mereka. Semasa dalam adegan kejar mengejar, Eddie ternampak Bidin, dan ahli konvoi yang lain pun tolong menyelamatkan Saiya dan Cherry.

Filem ini agak simple, jenaka yang dihilangkan sekadar sederhana dan santai.

NOW YOU SEE ME


Pada awal plot, filem ini mengisahkan tentang 4 ahli silap mata jalanan yang sekadar membuat pertunjukan silap mata secara kecil-kecilan. Mereka telah menerima kad jemputan dari individu misteri supaya berkumpul disebuah apartment. Setelah memasuki apartment tersebut mereka dikejutkan dengan cahaya laser berwarna biru. Laser tersebut berupa blueprint dan setahun kemudian mereka dikenali sebagai 'The Four Horsemen'.

Bagi penulis, filem ini diarah dengan halus dan teliti serta kemas. Jalan cerita disusun satu persatu supaya penonton tidak tahu siapakah dalang sebenar dalam filem ini.

Berikut adalah sinopsisnya
'The Four Horsemen' ialah satu kumpulan ahli silap mata hebat yang diketuai Atlas (Jesse Eisenberg) yang berkarisma, mempersembahkan dua pertunjukan silap mata yang berteknologi tinggi. Pertama, mereka mengejutkan penonton dengan merompak sebuah bank di eropah dan kemudian mendedahkan seorang penjenayah kolar putih dan menyalurkan wang penjenayah kepada akaun bank penonton. Agen khas FBI, Dylan (Mark Ruffalo) bertekad untuk membuat ahli silap mata itu menyesali perbuatan mereka dan menghentikan mereka sebelum pertunjukkan silap mata mereka seterusnya yang dijanjikan sebagai rompakan yang lebih berani. Tetapi dia dipaksa untuk mengambil Alma (Melanie Laurent) sebagai seorang rakan kongsi. Alma ialah seorang detektif Interpol yang tidak dipercayai Dylan. Dia meminta bantuan Thaddeus (Morgan Freeman), seorang pembongkar teknik silap mata yang popular, kerana terdesak. Thaddeus mendakwa bahawa rompakan bank tersebut dibuat dengan menggunakan penyamaran dan teknik video. Satu benda yang Dylan dan Alma berdua setuju ialah kumpulan ahli silap mata itu ada seorang pembantu dari luar dan mencari orang tersebut ialah kunci untuk menamatkan jenayah kumpulan tersebut.

FAST & FURIOUS 6


Penulis menonton file ini di GSC Pavilion, agak lewat juga menonton filem ini. Watak-watak sebelum ini diteruskan juga. Plot dimulakan dengan Dom dan Brian memecut laju kereta mereka ke hospital tempatan, ini kerana isteri Brian yang juga adik Dom bakal melahirkan anak sulung mereka.

Selepas rompakan di Rio mereka telah menumpaskan empyar kongsi gelap, dan mendapat hasil $100 juta, mereka melarikan diri dan memulakan hidp baru. Pada masa yang sama Hobbs(The Rock) mengalami masalah untuk menangkap penjenayah yang licik (Oven Shaw) dan seringkali dapat melarikan diri daripadanya.
Jadi Hobbs cuma mengharap kepada Dom dan pasukannya untuk menangkap Shaw. Hobbs pergi berjumpa Dom dan memujuk Dom untuk membantu beliau, awalnya Dom menolak tapi Hobbs menunjukkan gambar Letty iaitu kekasih Dom yang disangka telah mati. Dan akhirnya Dom akur dan mula mengumpulkan seluruh krew-krewnya untuk menjalankan operasi menangkap Shaw. Sebagai balasan Dom meminta agar segala tuduhan keatas ahli krewnya dihapuskan dan mereka diizinkan pulang ke negara asal mereka.
Maka bermulalah episod kejar mengejar di Kota London, London mempunyai jalan berliku dan sempit, mungkin pemilihan lokasi di London sekadar untuk menampakkan gimik dalam pemanduan dan plot perlanggaran.

Di akhir cerita Letty kembali kepada Dom, dan ingatannya sedikit sedikit kembali pulih. Han pula memulakan hidup baru di Tokyo. Mulalah Tokyo Drift.

STAR TREK INTO DARKNESS

 
Flem ini mengisahkan pengembaraan umat manusia ke angkasa lepas. Dengan kapal terbaru dan tercanggih USS Enterprise. Kapal angkasa ini boleh menyaingi kelajuan cahaya. Dan kapal ini diteraju oleh kaptennya yang suka mengambil risiko, Kapten James T. Kirk. Banyak plotnya sekitar dalam kapal, berbanding filem awalnya yang lebih banyak pengembaraan.

Juga watak baru sebagai pengkhianat kepada manusia dicipta. Elemen dendam diselitkan. Kirk masih lagi mengambil risiko ke atas krew-krew kapalnya. Kepantasan membuat keputusan beliau diuji dan beliau bernasib baik membuat keputusan yang betul di waktu dan tempat yang betul.
Ini adalah synopsis filem ini

Sinopsis :
USS Enterprise dihantar ke planet Nibiru untuk mengamati sebuah peradaban primitif. Kapten James T. Kirk melanggar Prime Directive saat nyawa Spock terancam. Akibatnya, kapal Enterprise dilihat oleh penghuni planet semasa operasi mnylamat dilakukan.

Setelah tiba di Bumi, Kirk turun pangkat menjadi perwira pertama dan Laksamana Christopher Pike mengambil alih Enterprise. Kemudiannya beliau menghadiri perjumpaan darurat di Starfleet Command untuk berincang tentang pengeboman instalasi rahsia Section 31 di London oleh mantan agen Starfleet, John Harrison. Perjumpaan tersebut dikejutkan oleh serangan kapal tempur yang didalangi Harrison. Kirk Berjaya memusnahkan kapal Harrison, namun Harrison dapat melarikan diri. Dalam serangan itu Laksamana Pike cedera parah dan mati ditempat kejadian, Kirk dilantik semula sebagai kapten Enterprise. Setelah tahu Harrison melrikn diri ke planet Klingon, Kronos, Kirk diizinkan oleh Laksamana Alexander Marcus untuk memburu Harrison. Enterpirse dipersenjatai 72 torpedo foton jarak jauh dan diperintahkan untuk  ke lokasi Harrison.
Setibanya di Kronos, pasukan pencari yang terdiri dari Kirk, Spock, dan Uhura mendarat untuk mencari Harrison, tetapi ditangkap oleh bangsa Klingon. Harrison menyerang bangsa Klingon dan menyelamatkan mereka semua. Tetapi akhirnya menyerah setelah mendengar jumlah torpedo foton yang ditargetkan ke tempatnya. Di Enterprise, Harrison mengungkapkan identiti asalnya: Khan Noonien Singh, manusia super hasil modifikasi genetik yang dibangunkan dari tidur bekunya selama 300 tahun oleh Laksamana Marcus untuk mengembangkan senjata perang melawan Keganasan Klingon. Torpedo tersebut rupanya mengangkut tabung kriogenik yang berisi rakan-rakannya.

Enterprise langsung ditangkap oleh kapal tempur Federation, USS Vengeance, yang dirancang Khan dan dipimpin Laksamana Marcus. Marcus meminta Kirk menyerahkan Khan, tetapi Kirk menolak. Enterprise terbang ke Bumi agar Khan diadili, namun diserang Vengeance di orbit Bumi. Enterprise rosak teruk, akhirnya Kirk menawarkan untuk menyerahkan Khan dan 72 tabungnya dengan jaminan krew-krewnya dibebaskan, tetapi Marcus menolak dan meminta agar Enterprise dihancurkan. Vengeance tiba-tiba kehabisan daya akibat sabotaj Montgomery Scott yang diam-diam menyelinap ke kapal Vengeance setelah mengikuti koordinat yang disebutkan Khan melalui Kirk. Kirk bersama Khan naik kapal Vengeance, lalu menguasai kawalan. Khan mengkhianati Kirk, membunuh Marcus, dan mengambil alih Vengeance.
Khan bernegosiasi dengan Spock, menghantar Kirk dan rakan-rakannya kembali ke Enterprise dengan gantian 72 torpedo, dan bercadang menghancurkan Enterprise. Spock sebenarnya menghantar torpedo foton ke Vengeance yang tabung-tabungnya sudah diasingkan di Enterprise. Vengeance jatuh di kota San Francisco. Spock kemudian mengejar Khan yang melarikan diri. Leonard McCoy mengetahui bahwa darah Khan dapat menyelamatkan Kirk. Uhura mencegah Spock membunuh Khan dan mereka menangkapnya.

Setelah itu, Kirk selamat dan kembali bertugas sebagai Kapten Enterprise. Khan dikunci di tabung kriogeniknya dan disimpan bersama tabung rakan-rakannya. Enterprise yang sudah diperbaiki dirasmikan kembali dan berangkat dalam misi penjelajahan selama lima tahun.