F1 SIMULATION CHALLENGE


Semalam penulis sempat join F1 Simulation Challenge berlangsung kat Suria KLCC. Penulis telah berjaya mencatat masa terpantas sesi. Dan telah menerima cenderahati kemenangan dari PETRONAS Motorsport. Dalam simulator ini, kita dapat rasakan seolah-olah kita sedang berlumba dilitar, sudah tentulah.


Cabaran;
Ada kesukaran dan akan menjadi susah bila kereta hilang kawalan. Nak mengawal kereta dengan kelajuaan lebih 300km/j bukan benda senang. Memang nampak senang, tapi penulis tengok ramai jugak yang ke tembok. Stereng sangat sensitif pada sentuhan, so nak buat turning kena cermat.
Ketinggian;
Ini juga penting, sebab pemandu kurang 150cm memang tak sampai kaki ke pedal. So, check ketinggian masing-masing.

 
Bunyi;
Penganjur meletakkan speaker betul-betul di belakang telinga pemandu, so setiap deruman enjin kedengaran real. Agak bingit juga, dan sedikit menganggu fokus pelumba.
Gambar;
Gambar menggunakan monitor 17", PlayStation 3 yang penulis nampak ada juga system hang berlaku. Seharusnya hal ini dapat dielakkan kerana fokus pemandu boleh terganggu. Berlaku juga hang ketika penulis memandu
Kokpit;
Kokpit berskala sebenar, memang nampak seperti kereta F1 sebenar walaupun cuma half jer. Dua tayar depan tersedia dan wing + ada body colour dan sticker sponsor.

EARTH HOUR 2013


Earth Hour merupakan acara seluruh dunia yang dianjurkan oleh World Wide Fund for Nature(WWF) dan diadakan pada penghujung March setiap tahun, menggalakkan isi rumah dan perniagaan untuk mematikan lampu tidak penting mereka selama satu jam untuk meningkatkan kesedaran mengenai keperluan untuk bertindak terhadap perubahan iklim. Acara ini, diyakinkan oleh WWF dan Leo Burnett, mula dianjurkan pada tahun 2007, Bila mana 2.2 juta penduduk Sydney beramai-ramai mematikan semua lampu yang tidak diperlukan. Bermula dengan Sydney, banyak bandar lain seluruh dunia mula menganjurkannya pada tahun 2008. Earth Hour 2013 akan diadakan pada 23 Mac 2013 dari 8:30 ptg hingga 9:30 malam waktu Malaysia.
 
Pemandangan di Sydney Earth Hour 2007
 
Sejarah;
Pada tahun 2004, bermula dengan penemuan saintifik, WWF Australia bermesyuarat dengan agensi pengiklanan Leo Burnett Sydney untuk "membincangkan idea-idea untuk terlibat Australia mengenai isu perubahan iklim". Idea yang matikan suis lampu secara besar-besaran dicadangkan dan diilhamkan pada tahun 2006, pada asalnya di bawah tajuk "The Big Flick". WWF Australia mencadangkan konsep mereka kepada Media Fairfax dan bersama-sama dengan Datuk bandar Sydney, Clover Moore, bersetuju untuk membuat majlis tersebut. Earth Hour telah diadakan pada 31 Mac di Sydney, Australia pada 7:30 petang.
 
Di Malaysia;
Mercu tanda Menara Berkembar Petronas, KLCC di pusat bandar Kuala Lumpur, setelah lampu dimatikan (dari atas ke bawah tanah) untuk menandakan Earth Hour pada 28 Mac 2009. Tak di nafikan Malaysia adalah negara yang aktif dalam menyokong aktiviti-aktiviti untuk mengurangkan kesan rumah hijau dan pemanasan global. Mengikut rekod, pada 2008 sebanyak 31 bandar didunia menyertai usaha Earth Hour, dan tiap-tiap tahun penyertaan makin banyak dan bertambah. Sudah pasti tahun ini akan banyak lagi bandar-bandar yang akan menganjurkan acara ini.
 


 

JACK THE GIANT SLAYER - berwajah baru

Penulis ronda-ronda ke Setia City Mall, bangunan office dah banyak yang naik. Kawasan tu kurang dikenali oleh warga Shah Alam, lain pulak dengan TTDI dan kawasan ber-seksyen yang lain. Kawasan pembangunan oleh SP Setia ni banyak keunikannya. Tempatnya tenang, banyak pokok dan deretan rumah-rumah mewah. Penulis merasakan kawasan ini dibangunkan sebagai tempat persaraan.
Dihadapan Mall ada kawasan berumput berbentuk oval, ada jambatan mini menghubungkan ke tanah besar. Kawasan mini taman kanak-kanak. Dan sebelahan ada Convention Center.


Tujuan penulis ke Setia City Mall sebab nak tengok filem Jack the Giant Slayer. Cerita berasaskan kisah lama Jack and the Beanstalk,  bagaimanapun sebahagian besar lebih logik dan realistik, penulis tidak merasakan pengarah sekadar copy paste dari buku cerita dongeng ke skrip filem. Tetapi pada masa yang sama ia tidak seperti meleret-leret, dan tidak juga seperti dongengan seperti Hansel and Gretel: Witch Hunter. Ia menyentuh logika akal dan minda dan dapat berfungsi dengan baik. Dalam erti kata lain cerita ini tidak rehashing tetapi agak reimagining
Hero dalam filem ni, dan dalam Warm Bodies masih orang yang sama. Bakal jadi pelakon baru harapan terbaik ni.


Walaupun perkara yang keseluruhannya lower-class-guy-meets-upper-class-girl nampak agak lebih-lebih. Penulis juga suka idea praktikal lain seperti seluruh negeri dapat dilihat melalui pendakian yang panjang, dan bukannya hanya satu dua jam. Jack the Giant Slayer adalah sebuah filem yang bakal diminati dengan plot yang sederhana. Ia menghiburkan tanpa menawarkan apa-apa yang baru. Jika anda pergi menonton Jack the Giant Slayer untuk mencari sesuatu yang menggemparkan, anda akan kecewa. Jika anda pergi dengan jangkaan minimum dan hanya harap untuk menonton sebuah filem yang menyeronokkan, anda tidak akan kecewa.

Sinopsis;
Filem "Jack The Giant Slayer" menceritakan seorang petani muda bernama Jack (Nicholas Hoult) yang tanpa sengaja membuka sebuah laluan yang telah lama sekali tertutup dan membawanya ke dunia lain iaitu dunia bangsa gergasi.
 
 
Tanpa Jack sedari, dia telah memulakan perang antara manusia dengan gergasi kerana para gergasi tersebut boleh memasuki dunia manusia. Jack harus bertanggungjawab atas perbuatannya membuka laluan terlarang tersebut.
Perang besar pun tidak dapat dielakkan. Jack berusaha bertarung dengan para gergasi demi menjaga kerajaan, rakyat dan cintanya kepada puteri raja. Maka berlakulah peperangan terhebat abad itu. Ada konflik pengkhiatan, setiakawan, percintaan dan ngeri bila lihat gergasi makan manusia, macam makan ulam. Walau bagaimanapun gergasi yang besar dan ganas ni, ada kelemahannya. Mereka tunduk kepada sesiapa yang memakai mahkota sakti.
 
Macam biasalah hero mesti menang, so di takdirkan Jack yang dapat pakai mahkota tu, so dia pun halau balik semua gergasi kembali ke dunia diorang. Mahkota sakti pun ditempa semula dan dijadikan mahkota di Raja England, dan di simpan di muzium London.
 
 

HAPPENING KLCC

Hari ni, penulis sempat ronda-ronda di Suria KLCC. Jalan Ampang depan KLCC tutup sekejap hari ni. Depan Plaza KLCC sibuk dengan contruction untuk Twin Towers Alive 2013. Lagi pun GP Sales dah start. Sales yang meraikan kehangatan Grand Prix F1 2013. Memang penulis akui Malaysia sekarang terdesak dari segi ekonomi. Kalau takde sales, takde lah orang nak shopping. Nak tak nak kenala buat Sale. So sempena F1 GP Sepang next week macam-macam lah event kat KLCC.

 
 
Di atas adalah replika saiz sebenar kereta Formula One. Pasukan MERCEDES AMG PETRONAS Formula One Team. Pemandu pasukannya Michael Schumacher & Nico Rosberg. Penulis juga sempat mencuba permainan simulasi F1. F1 pernah menjadi sukan yang penulis minati sebelum ini. 


 
Pernah juga penulis main PS2 full lap setiap track satu masa dulu, punya gila F1 lah time tu. Penulis meminati Lewis Hamilton. Selain daripada GP F1 minggu depan, akan juga berlangsung Twin Towers Alive 2013. Ramai artis-artis luar dan dalam negara akan buat show. Free konsert ini akan berlangsung dua hari iaitu 22 & 23 March, 5 ptg - 2 pagi. Memang happening lah KLCC. So harapnya ramailah yang akan datang ke KLCC.
 


FENOMENA SPM ku

Sana sini dah kedengaran bising-bising. Yang nak ambil result SPM anak, tapi mak bapak pulak yang lebih risau. Bahkan sebelum anak masuk dewan peperiksaan lagi mak bapak dah buat macam-macam 'ritual' agar anak berjaya dalam SPM. Penulis merasakan suatu keganjilan dalam masyarakat Melayu kini. Ada mak bapak yang sediakan air jampi, kismis jampi dan macam-macam lagilah benda yang boleh dijampi. Walhal anak bangsa lain bawa air masak biasa jer ke sekolah. Hinggakan ada anak Melayu yang bila ada anak Cina nak minta air minum sikit dia menjawab tak boleh, kerana air ini sudah dijampi. Bagaimana jika ditakdirkan anak Melayu ini mendapat keputusan yang kurang baik berbanding anak Cina tadi? Bukankah agama ini akan kelihatan murah?


Ramailah staff lepasan SPM kat tempat kerja penulis nak apply cuti nak ambik result SPM. Jadi ikut nasiblah, sape yang kebetulan off hari tu, then bolehlah pergi ambik result dengan tenang. Dan mana yang kena bekerja, harap bekerjalah dengan tenang. Lagipun dalam zaman telekomunikasi sekarang anda boleh cek result dengan sms jer. Bukan macam zaman penulis dulu. Hp pun baru test-test market jer. Time tu paling top Hp jenama Ericsson, sekarang dah dikenali Sony Ericsson. Kiranya sape ada hp time tu memang meletop lah.


Penulis tunggu setahun kemudian, masa tu penulis melanjutkan pengajian di UiTM Bkt Mertajam, Pulau Pinang. Hp pertama penulis masa tu Nokia 3210. Memang top, baru keluar market. Dalam UiTM tu ada 2 orang jer yang guna Hp model ni. Kira hebat jugaklah. Penulis guna line 017 syarikat Adam, kemudian Adam di tukar ke TimeCell dan sekarang di kenali Hotlink sub Maxis. Hp tu merupakan Hp pertama ada permainan, tiada antena, dan ada komposer untuk kompos lagu. Saingannya Alcatel.


Namun zaman cepat berubah, sekarang bebudak sekolah rendah pun dah ada smartphone. Lagi hebatlah kiranya. Tapi kalau nak compare dulu dengan sekarang, tak banyak beza. Walau semaju mana pun kita, penulis tak pernah rasa megah. Dunia kan tetap terus berputar mengikut arusnya. Yang penting bagaimana kita mengurus perjalanan hidup kita. Penulis nak berkongsi artikel seperti yang di bawah khas untuk mereka-mereka yang bakal mengambil result SPM.

KUALA LUMPUR 15 Mac - Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumum pada Khamis ini.

Memetik kenyataan Kementerian Pelajaran, kesemua calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari berkenaan.


"Bagi keputusan calon persendirian, ianya akan dimaklumkan menerusi kiriman pos ke alamat kediaman para pelajar.

"Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada Khamis ini, dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 27 Mac," katanya.

Calon SPM 2012 juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SPM jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888.

Sementara itu, pengumuman analisis keputusan SPM akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di Putrajaya pada 9 pagi hari yang sama.

Peperiksaan bertulis SPM diadakan dari 5 November hingga 6 Disember tahun lalu dengan seramai 472,541 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 3,590 pusat di seluruh Negara.

OZ: The Great and Powerful

Penulis baru sahaja menonton filem fantasi ni. Sejenak terasa di bawa ke alam khayalan penuh warna warni seperti dalam filem Avatar dan Stardust. Filem ni cukup hebat dengan kesan khas, kesan bunyi, kamera trick dan watak-wataknya. Filem ni ada juga ala-ala filem Alice in Wonderland. Penulis menjangkakan filem ni just update dari filem Oz yang dulu.

 
 
Oleh itu,  penulis harapkan ia adalah sebuah prekuel dari filem Oz yang terdahulu... Permulaan yang bermula dengan gambar hitam putih agak panjang dan mula membosankan. Selepas Oscar sampai di Oz, barulah gambar mula berwarna, dan seketika kita akan dibawa 'ronda-ronda' di alam fantasi.
Well, penulis boleh mengatakan secara keseluruhan, filem ini cukup hebat dan gah, tetapi benar-benar tidak masuk akal bila mana rakyat di Negara Oz tak dibenarkan membunuh. Paling kuat pun buang negara. Tapi begitulah halnya dengan filem fantasi ini. Watak-wataknya disusun dengan kemas, Finley makhluk kera yang boleh terbang berperanan ala-ala bellboy dengan sikap setia pada tuannya, Knuck pula penjaga istana.

Belon udara Oscar mula sampai di Oz
 
Penulis benar-benar kecewa dengan lakonan James Franco, dia berusaha keras menjadi seperti Johnny Depp dalam Alice in Wonderland. Mila Kunis sebaliknya adalah salah dibagi watak (bagi saya), beliau seolah-olah tak serasi dengan watak Theodora, yang penuh dengan kesakitan dan kemarahan. Michelle Williams, beliau membosankan, espressi wajahnya tak menggambarkan seperti anak raja. Nasib kita mempunyai Rachel Weisz, berlakon dengan baik, sesuai dibagi peranan utama antagonis. Pandai dalam mengeksploitasi keadaan.
 
 porcelain dolls dan Oscar dalam perbincangan
 
Penulis menjangkakan jenis sekuel selepas melihat filem ini, bukan untuk niat penulis tetapi ini adalah apa yang filem ini ingin katakan. Penghujung kisah Oscar tergantung-apa yang terjadi, samada dia balik ke dunia manusia-menjadi orang yang dikehendaki atau terus tinggal di Negara Oz-beliau perlu ada identiti baru, kerana Oz telah disangka mati oleh rakyatnya.
Penulis mempunyai keraguan pada mulanya, tetapi Sam Raimi telah mencipta sebuah cerita visual yang menakjubkan, menarik yang masih menyimpan semangat klasik Wizard of Oz. Walaupun Sam Raimi sebelum ni lebih cenderung menghasilkan filem-filem seram.
Sinopsis;
Filem "Oz The Great and Powerful" berkisah tentang seorang penghibur sarkis bernama Oscar Diggs (James Franco) yang secara tak sengaja diterbangkan puting beliung ke sebuah dunia yang penuh keajaiban bernama Negara Oz. Di dunia barunya tersebut, Oscar mengaku dirinya sebagai seorang penyihir hebat dan merasa sudah popular dan berjaya.
Tapi malangnya, khabar tentang kehadiran Oscar di Oz diketahui oleh tiga penyihir wanita bernama Theodora (Mila Kunis), Evanora (Rachel Weisz), dan Glinda (Michelle Williams), dan ketiga penyihir tersebut tidak percaya kalau Oscar adalah seorang penyihir yang hebat.
Masalah pun terjadi di Oz dan rakyat terpaksa lari bersembunyi bersama Glinda, Oscar harus tahu mana kawan dan mana lawan. Menggunakan ilmu ilusi dan kecerdikannya, Oscar mengubah dirinya menjadi "Wizard of Oz" yang besar dan kuat, dan juga menjadi lelaki yang lebih baik. Konflik dalaman diri Oscar juga tercetus, bila dia keliru samada menjadi seorang yang budiman atau menjadi seorang yang hebat.
 

DONUT, NESCAFE DAN KOTA PARIS

Melalui hari yang panjang. . Penat dan mengantuk pun ada. Al maklumlah sememangnya kerjaya penulis menuntut semua ini. Tidak pernah pun dalam benak penulis mengimpikan kerjaya sebegini. Namun kita harus bersyukur dengan pemberian tuhan.
Hari ni p.a penulis belikan Big Apple Donut, manakala sup penulis belikan Nescafe. Donut dan Nescafe tu penulis letakkan di atas loker. Donut antara makanan ringan kegemaran penulis. Penulis gemarkan makanan yang manis. Ada juga yang bertanya tak takutkah dengan obesiti dan kencing manis. Susah juga nak jawab tu. Macam biasalah jawapan penulis, makanan manis elok untuk otak.


Donut pemberian p.a penulis tu memang menyelerakan. Memang padanlah dengan Nescafe. Penulis nikmati sekitar waktu 4.30 ptg. Terasa macam di Place du Palais Royal, Paris pulak. Sambil menikmati donut pemberian p.a ainino, orangnya kecil bekas olahragawati sekolah katanya. Teringat seketika masa mula-mula dia start kerja dulu. Kena buli dengan staff lain.
Apapun terima kasih buat mereka berdua. Ingat juga kat penulis ni. Mereka berdua ni antara staff yang rajin, penulis yakin satu hari nanti mereka akan berjaya di dalam bidang masing-masing.
Memang tak diakui penulis mempunyai staff yang rajin dan bekerja keras. Kadang tersenyum kesyukuran penulis dikurnia staff yang rajin seperti mereka.
Teringat sepuluh tahun lalu, masa penulis mula-mula melangkah ke bidang retail ni. Tak pernah terfikir bakal diberi tanggungjawab menguruskan perniagaan syarikat yang terletak di Suria KLCC, gedung beli belah bertaraf 5 bintang.
Panggilan telefon memadam lamunan penulis, terasa kota Paris dalam bayangan hilang sekelip mata.
Kota Paris memang kota idaman penulis untuk dikunjungi satu hari nanti. Kotanya megah dengan Eiffel Tower. Keunikan menara ni memang mengagumkan. Masa pembinaan hanya dalam dua tahun, hanya guna rivet, berayun bila kena angin kuat etc. Kiranya menara ni memang legend lah. Paris juga terkenal dengan nama jolokan kota cinta. Harap satu hari nanti bolehlah penulis bawa miss N ke kota cinta ini. Tapi penulis lebih prefer Venice untuk destinasi bulan madu. :-)

WANITA, GINCU DAN HANDPHONE

Dunia hari ini,

Penulis nak kongsi sikit tentang apa yang menarik mata penulis pagi tadi. Wanita selalu sahaja dikaitkan dengan make up, yang paling penting mesti ada gincu dan bedak. Elemen ini memang macam tak boleh dipisahkan, jika dipisahkan maka akan pincanglah ia. hahaha...
Okay, itu halnya satu masa dulu. Tapi akhir-akhir ini, penulis rasa seakan trend dah berubah. Rata-rata penulis lihat wanita kini kian 'melekat' dengan handphone(hp), memang tak boleh dipisahkan. Samada seorang bisnesswoman mahupun pelajar wanita yang masih bersekolah lagi.
Hp dah macam deria keenam pulak. Kita sememangnya tahu banyak kegunaan hp, tapi kalau hp dah macam deria keenam itu parah namanya.
Cubalah tanya kaum hawa ketika ini. Penulis boleh jamin 90% dari mereka tak boleh hidup tanpa hp. Tak kisahlah samada hp itu bijak(smartphone) atau tidak bijak. Dan ini halnya juga,

 
Memandu sambil memandang ke hp.? Seharusnya tumpuan ketika memandu adalah pada jalanraya. Bukankah ini mengundang bahaya namanya. Walaupun kadar saman trafik untuk kesalahan ini dah dikurangkan 30% tapi nyawa pengguna jalanraya yang lain tetap dalam bahaya. Nasihat penulis untuk semua, samada anda wanita atau lelaki.
Jadilah pemandu berhemah, anda mampu mengubahnya.

UNCLE BOB FRIED CHICKEN

Salam semua,

 Penulis baru sahaja balik dari menjamu selera. Sebentar tadi penulis sempat menjamu selera di Uncle Bob Fried Chicken. Banyak kali juga lalu restoran ni, tapi entah macamana malam ni tergerak nak singgah makan kat situ. So penulis cuba Set B, jangan tak tahu siap ada set lagi. Bukan itu saja, ada kiosk jual rokok & top up. Rasa makanan penulis rasa boleh tahan, sebab ramai jer orang. Lagipun penulis kurang arif kalau nak komen pasal qualiti & rasa makanan. Tapi dari segi susun atur meja, peralatan memang teratur. Kebersihan penulis bagi A. Untuk rekomen, penulis akan rekomen untuk korang. Pasal harga juga boleh tahan dan berpatutan.
 Lagipun ramai yang dah tahu tentang Uncle Bob Fried Chicken ni rasanya, sebabnya UBFC ni terkenal dengan ayam gorengnya yang menyelerakan ala-ala Shih Lin fried chicken.

Set yang penulis cuba. Dalam set ni ada Nasi Lemak + Ayam Goreng + Teh O Ais
 
 UBFC memang terkenal dari pasar malam dan sekarang diorang dah buka restoran. Perniagaan yang semakin maju. Idea ini kian berkembang dengan peluang francais yang mereka buka untuk pengusaha-pengusaha yang berminat dalam bidang ini.
Serba sedikit mengenai sejarah UBFC
Uncle BoB adalah yang pertama di MALAYSIA untuk membawa ayam goreng yang lazat dari Taiwan yang digaul dengan dan resipi tradisional yang asli.
 
 
 Uncle BoB F.C bermula di Malaysia bermula pada tahun 2002 dan rangkaian mereka kini menjangkau seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Mereka juga mempunyai R&D yang terletak di Taiwan untuk melihat dan melakukan kajian ke atas pelbagai jenis produk untuk membawanya ke pasaran tempatan. Hebat bukan? Mereka memang serius dalam bab menjaga qualiti makanan.
 
Uncle BoB bertujuan menyajikan anda makanan ringan dengan sentuhan yang lazat

WARM BODIES - Sebuah Kisah Cinta Remaja

Filem hasil garapan dari Novel Isaac Marion, kisah romantik percintaan antara manusia dan zombie. Sebelum ni kita dihidangkan dengan kisah pertempuran antara dua makhluk ini, seperti Zombieland, Resident Evil mahupun Zombie Kampung Pisang. Hakikatnya sekarang kita seolah sedar zombie adalah satu wabak dan ia boleh disembuhkan.
Dalam filem ini, penulis merasakan ia bakal mendapat sambutan hangat dari remaja-remaja seluruh dunia. Dan dalam filem ini di reka watak jahat yang dipanggil Bonies. Di sini dapat mengurangkan jurang permusuhan antara manusia dan zombie.

Sinopsis;

'R' adalah zombie. Beliau tiada nama, tiada kenangan dan tiada nadi, tetapi beliau mempunyai impian. Beliau adalah sedikit berbeza dari rakan-rakan zombie yang lain.
 
 
Di sebalik runtuhan bandar yang terbiar, R bertemu seorang gadis. Beliau adalah Julie. Ketika bersama Julie, R seolah-olah merasakan sesuatu dan berasa keliru, R tidak dapat memahami, R memilih untuk menyelamatkan Julie dan bukannya memakan dia, peliknya hubungan mereka sedikit demi sedikit berkembang dalam kapal terbang terbiar.
 

Tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia memecah peraturan dan menolak logik, tapi R tidak lagi mahu dengan kehidupan sebagai zombie. Dia mahu bernafas lagi, dia mahu hidup dan Julie ingin membantu beliau. Tetapi mereka tidak banyak pilihan, adat dunia tidak akan berubah tanpa pergaduhan..
 
Juga meragukan apabila Julie boleh melupakan kekejaman 'R' yang meratah otak teman lelakinya dengan mudah. Namun cinta Julie dan R kuat sehingga boleh memulihkan wabak zombie. Sedikit demi sedikit wabak ini berjaya diubati.

ROCK OO - RIMBA BARA

Minggu lepas penulis sempat pergi menonton filem terbaru sutradara Mamat Khalid. Sebelum tu sequel kedua Hantu Kak Limah. Kali ini filem Rock Oo. Niat dihati mulanya malas nak pergi, barangkali penulis sudah meluat nak tengok filem yang diarah secara sambil lewa. Ternyata penulis tersilap. Pengarahan dalam filem Rock Oo penuh teliti, samada dari segi kostum, jalan cerita mahupun selingan lawak.


Dari segi sinematografi juga tidak menghampakan. Sungguh pun trailer filem ni nampak bosan dan 'selekeh', tapi jalan ceritanya cukup mantap.
Ada beberapa babak yang penulis kurang yakin antaranya ketika Slash tiba-tiba menghalau awek dia, kurang pasti kenapa Slash berbuat demikian.

Sinopsis
Zul Kapan , penyanyi utama Rimba Bara kembali menganggotai Malaikat Maut untuk menjalani rakaman album. Tinggallah Rimba Bara dalam keadaan terkapai-kapai.
Emi Mat Piah yang dahulunya terkeluar dari Rimba Bara kini kembali dan Rimba Bara bersatu semula.
Semangat dan azam Rimba Bara terpupuk semula lantas mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan band di ibu kota.
Perbagai rintangan, peristiwa lucu, sedih dan insiden yang tak masuk akal telah mereka lalui. Semuanya diharungi demi merealisasikan impian mereka untuk memasuki peringkat akhir Anugerah Juara Lagu dan menjadi kumpulan rock terkenal tanahair.
Pengakhirannya cukup menyentuh jiwa apabila pengarah cuba merangkumi nasib yang pernah dihadapi oleh industri muzik rock pada ketika itu. Durasi filem ini adalah selama 90 minit

BOLA SEPAK NEGARA PERLU BERWAJAH BARU

Kita semua mahukan a better Malaysia, in term of Management of Football Association..  Kita mahukan barisan kabinet FAM yang berwajah baru.. VISI serta MISI bolasepak Malaysia yang lebih jelas ke arah mencapai matlamat menjadi pasukan bolasepak yang digeruni di peringkat Asia dan Dunia.. Memang mudah untuk kita bercakap, tapi bukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Kita ada prasana yang bertaraf dunia. Hakikatnya kita dan Korea tidak banyak beza dahulunya, tapi kenapa sekarang jurang kita ibarat langit dan bumi. Di mana silapnya? Jawapannya mudah.. Pengurusan. Kita perlukan pengurusan yang lebih baik.

Sudah begitu lama rakyat Malaysia menanti untuk melihat sebuah pasukan negara berentap di pentas Asia dan dunia..

Kepada pemain-pemain skuad kebangsaan di luar sana, jika anda sayangkan pasukan bolasepak Malaysia, cuba la ubah mentaliti, ubah sikap dan berusaha tingkatkan prestasi.. Kita sudah berjaya membentuk barisan penyokong yang fanatik bola. Tidak henti-henti menyokong pasukan negara.

Kita ada ultras di setiap negeri, lanjut khas untuk pasukan negara dikenali Ultras Malaya. Bahkan Thailand pun gentar sama itu Ultras Malaya.  

Tahniah buat Ultras Malaya diatas kejayaannya menyatukan Malaysia di dalam mahupun di luar Stadium untuk sama-sama ber'chanting' menyokong pasukan negara.

 

Tapi bagi penulis perjalanan bolasepak Malaysia masih jauh.. Pertemuan kedua kelayakan Piala Asia menentang Yemen pada 22 Mac ini harus menjadi titik kebangkitan bolasepak negara..
Kamu wajib mencatat kemenangan ke atas Yemen untuk mencerahkan peluang Malaysia layak ke Piala Asia 2005..
Peminat dan penyokong mungkin tidak letak harapan tinggi, tetapi penulis percaya kamu mampu melakukannya.. Tiada yang mustahil... Malaysia boleh..!


Nike Mercurial Vapur

 
Bola merupakan sukan favorite penulis. Awal bulan ni penulis tertarik dengan model kasut terbaru keluaran Nike. Nike Mercurial Vapor. Setakat ni penulis dah guna untuk dua game. Memang tak dinafikan kasut ni ada perbezaan dengan kasut dari Nike koleksi penulis yang lain.
Pertamanya kasut ni cukup lengkap bagi sesiapa yang inginkan kepantasan dalam larian. Punya cengkaman yang cukup tepat untuk memecut, ada keseimbangan dalam kepantasan. Terasa juga seperti berlari di atas kapas.
Hakikatnya penulis dapat berlari dengan pantas dan dalam masa yang sama masih dapat keseimbangan yang penulis perlukan. Dalam tempoh permainan 90 minit kita hanya dapat bersentuhan dengan bola kurang lebih 3 minit. Dan saat itu jugalah kita perlukan kepantasan samada dalam hantaran bola mahupun ketika menggelecek.
Tapi dari segi ketepatan hantaran dan rembatan kasut ini ada kelemahan. Well, kasut ini dilebihkan dari segi kepantasan, jadi tak hairanlah dari segi kawalan bola ada kurangnya.
Be fast.. Be Mercurial


LAHAD DATU

Isu Lahad Datu memang tengah panas sekarang ni. Seperti yang kita tahu Pasukan Keselamatan Negara telah menyerang penceroboh awal pagi 5 March 2013. Serangan berikutan kedegilan penceroboh untuk keluar dari Sabah. Apa-apa kita sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negara ini, marilah kita sama-sama berdoa buat Pasukan Keselamatan Negara.


SALAM PERTEMUAN

Salam Sejahtera.

Lama sudah penulis meninggalkan arena blogging ni. Rasa-rasanya dekat 3 tahun. Bukan niat sengaja meninggalkan penulisan blog, tapi kerana sebab-sebab tertentu. Ahh pedulikan sajalah.

Baiklah di awal March 2013 ni, terdetik kembali rasa ingin menulis, macam biasa penulis selesa dengan blogspot. Ada juga rakan cadangkan tumblr, wordpress dan berbagai, tapi penulis selesa dengan blogspot. Sebab?? ntah lah. Bukan tujuan penulis untuk memeriahkan blog dengan iklan-iklan, bukan juga menulis blog ini dengan tujuan mencari populariti, jauh sekali mencari keuntungan. Bahkan menulis blog ni membuatkan penulis bertambah busy. Sudahlah busy dengan kerjaya sendiri, menjadi admin dibeberapa page di facebook. Tapi sedikit pun penulis tidak rasa terbeban. Bidang penulisan memang menjadi minat penulis.

Panjang lebar celoteh, niat mula-mula cuma nak bagi salam perkenalan. Ok lah semua, salam perkenalan dari saya.

Sekian, wasalam