RAMADHAN 2013

Salam Ramadhan 2013. Hari ni hari pertama umat Islam berpuasa. Semoga Ramadhan tahun ini akan membawa seribu barakah untuk seluruh umat Islam. Kebetulan di hari pertama berpuasa penulis dapat off day. Kerja yang tidak pernah surut dan kurang senantiasa mengundang tekanan.

Selamat berpuasa semua.

 
Di bawah penulis ada sertakan link, tentang beberapa sangkaan tentang puasa. Semoga ilmu ini dapat dikongsi bersama

http://drmaza.com/home/?p=2012

WHITE HOUSE DOWN



John Cale (Channing Tatum) adalah seorang polis Washington yang bertugas sebagai pengawal ahli cabinet White House. Impiannya hanya satu: Menjadi seorang Secret Service. Di hari dia akan menjalankan sesi temuduga dengan Secret Service Finnerty (Maggie Gyllenhaal), John mengajak anaknya, Emily (Joey King) dengan maksud untuk memperbaiki hubungan dengan anaknya.

Malang, White House diserang sekumpulan pengganas diketuai Emil Stenz (Jason Clarke) yang tidak selesa dengan politik damai dari Presiden Sawyer (Jamie Foxx). John mahu tidak mahu harus terlibat demi menyelamatkan anaknya sekaligus menyelamatkan Presiden.

Sesi kejar mengejar antara pengganas dan John+Presiden berlangsung. Adegan cemas lebih kepada jenaka. Seriusnya seorang presiden bertukar kepada seorang pelawak. Emily menjadi penghubung antara situasi didalam White House dengan mengupload clip ke Youtube.

Berita dan media masa di US sibuk mencari bahan. Sementara Finnerty sekadar dapat membantu dari luar White House. Dalam masa yang singkat, satu persatu individu di angkat menjadi presiden US yang baru.

Serba sedikit dapatlah kita tonton bahawa keadaan dunia hari ini banyak yang direncana dari dalam White House. Di mana pemimpin-pemimpin US sendiri yang sentiasa mencari peluang untuk memulakan peperangan dan menghuru-harakan dunia.

MONSTERS UNIVERSITY



Semenjak kecil, Mike Wazowski (Billy Crystal) hanya memiliki satu cita- cita. Menjadi seekor scarer. Dirinya tinggal selangkah lagi untuk menggapai impiannya ketika berjaya diterima masuk ke Monsters University, sebuah i.p.t yang kerap melahirkan scarer- scarer yang berjaya. Namun persaingannya dengan sesama freshman, Jimmy P. Sullivan (John Goodman) mengakibatkan keduanya dikeluarkan dari Scare Program.

Mike pun tidak berputus asa. Bersama Sully dan beberapa monster yang lain, dia mengikuti pertandingan Scare Game yang akan membuktikan dirinya sebagai monster terbaik dan sekiranya pasukannya menang, mereka akan di terima masuk ke Scare Program semula.

Jika masih ingat filem Monsters Inc. kita masih suka dengan hubungan karakter Boo dan para monster. Atau penggambaran Sulley yang memiliki hati. Atau Mike yang tidak hanya sekadar sampingan semata. Semua itu terasa hilang di Monsters University.

Filem ini menceritakan bagaimana permulaan hubungan antara Mike dan Sully. Bagaimana mereka dibuang dari Monsters University, bekerja di Monsters Inc. dari penjaga bilik surat dan seterusnya menjadi seekor scarer. Semangat setia kawan dan saling bantu membantu diterapkan dalam filem ini.