9.9.81

 
Khamis lepas, penulis sempat menonton filem seram dari Thailand. Filem ni unik dan banyak kelainan dari filem-filem seram biasa yang pernah penulis tonton. 1 kerana tajuknya tiada elemen seram pun, cuma nombor, mungkin tarikh, mungkin juga I.P number atau mungkin juga lokasi. 2 ada 11 pengarah yang terlibat dalam filem ini. Ada 9 watak dan 12 pengarah mengarah untuk 9 watak lagi. Tapi ceritanya berterusan dan tiada episod seperti cerita seram keluaran thai sebelum-sebelum ini.
Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita yang ada sedikit sakit mental, jatuh cinta, kemudian teman lelakinya cuba melarikan diri, jadi beliau bunuh diri kemudian menjadi hantu dan menghantui orang dipersekitaran. Simple kan? tapi pengarahannya cukup cermat dan kreatif.

BISIKAN SYAITAN

Filem ni mengisahkan pasangan suami isteri yang melakukan perjanjian berdarah dengan syaitan untuk mendapat kemewahan hidup. Macam biasalah, kalau perjanjian dengan syaitan dilanggari maka malapetaka akan berlaku. Gandingan Fizz dan Nabila memang cukup mantap. Manakala pelakon pembantu, macam penambah rasa jer dalam filem ni. Sedikit kekelirun pada penulis, adakah Nabila seorang pengamal ilmu hitam dalam filem ni, sebabnya masa dia lakukan ritual memang nampak seolah dia tahu segala-galanya.
Apapun pada penulis filem ini kurang mendapat sambutan dari penonton tempatan, kekuatan filem ini hanya pada dialognya. Dari segi penceritaan sekadar sederhana.

Sinopsis;
 
Ianya mengisahkan tentang kehidupan sebuah pasangan iaitu Soraya (Nabila Huda) dan Kamil (Fizz Fairuz) yang telah membuat perjanjian berdarah dengan kuasa kejahatan demi mendapatkan kesenangan hidup. Mereka kemudiannya hidup dengan serba mewah hasil daripada perjanjian itu.
Segalanya bertukar menjadi porak peranda apabila Soraya telah ditahan oleh pihak polis atas tuduhan membunuh. Rahsia perjanjian pasangan Kamil dan Soraya ini mula terbongkar sedikit demi sedikit apabila keluarga Kamil mula diganggu makhluk-makhluk ghaib.
Turut dibantu oleh Wan Sharmila, Azam Pitt, Fiza Elite, Farrah Nadia dan ramai lagi
 

IRON MAN 3

2 Minggu lepas penulis dan Cik N sempat menonton filem adiwira yang memang dah lama ditunggu. Walaupun Cik N tak follow episode sebelumnya. Namun dia setia menemani ku hingga ke pengakhiran filem ini.

Misi utama kali ini untuk menghapuskan dua saintis genius, Maya Hansen dan Aldrich Killian yang cuba menguasai dunia. Banyak kejutan kepada para penonton melalui aksi-aksi yang menarik dan 'element surprise' yang tidak akan dijangka. Tetapi elemen aksi dan suspen yang diketengahkan filem ini agak umph! membuatkan penulis berdebar-debar untuk menantikan pengakhiran pertarungan.


Pada permulaan plot Iron Man 3 seakan mendatar dan tidak memberikan keterujaan tentang kisah silamnya kerana sudah dijangka apa yang bakal berlaku selepas itu.Tony Stark lebih 'relax' kerana jarang menggunakan 'armor Iron Man' dan lebih banyak menghabiskan masa di makmalnya.


Jika anda ingat lagi sewaktu dalam filem The Avengers, Tony menghabiskan masa dengan menghasilkan baju perisai Iron Man (Mark 7), tetapi di Iron Man 3, Tony berjaya menghasilkan 42 baju perisai Iron Man (Mark 42).


Keistimewaan dan kekuatan filem Iron Man 3 antaranya pertempuran hebat Mark 42 dengan orang suruhan Killain semasa misi menyelamatkan Presiden U.S dan Pepper yang telah diculik oleh Killian adalah adegan dan aksi yang benar-benar mendebarkan selain memberi keterujaan kepada penonton.

Tony yang menghabiskan masa dengan menghasilkan baju perisai tanpa menghiraukan dunia luar dan kekasihnya Pepper, nampaknya sudah membuat persediaan awal jika apa-apa yang akan berlaku kepada dirinya kerana Mark 42 adalah wira sebenar yang berjaya menyelamatkan Tony, Pepper dan Presiden U.S dari dibunuh oleh Killian.


Pertempuran hebat Mark 42 dengan penjahat memberi satu aksi yang cukup hebat dimana mereka hadir satu kumpulan Iron Man yang bersatu dan cuba memberi bantuan antara satu sama lain. Pertempuran mereka menentang orang suruhan Killian dilihat merupakan saat paling genting dan hebat dalam semua adegan.


Cuma dipengakhiran filem Iron Man 3 ada babak yang sangat mengejutkan  dan ianya menjadi tanda tanya untuk filem yang akan datang.

PILIHANRAYA UMUM KE 13

April berlalu dengan pantasnya. Sedar tak sedar sekarang sudah masuk bulan Mei. Sudah beberapa hari Pilihanraya Umum Malaysia berakhir. Ada yang menang dan kalah, itu biasa menjadi adat yang pasti. Ungkapan dan huraian terlalu banyak, samada dipihak yang menang mahupun yang tewas.
Tapi apapun semua perwakilan dari parti masing-masing mahukan yang terbaik untuk Negara. Sewajarnya begitulah, perjuangan sesuatu parti itu perlulah mewakili perjuangan Negara. Ini kerana perjuangan mewakili bangsa seolah tidak relevan lagi. Bukankah kita ini dalam sebuah Negara yang berbilang kaum dan bangsa.


Dakwat kekal buat pertama kalinya diguna pakai dalam Pilihanraya Umum kali ini. Penulis meragui akan istilah kekal disini. Juga keliru adakah kekal bermaksud kekal untuk beberapa minit, beberapa jam atau beberapa hari. Penulis pergi mengundi seawal 8.05 pagi pada 5 May. Selesai mengundi penulis terus ke tempat kerja. Penulis ke tandas awam, sapu sedikit dengan sabun dan cuci jari. Terkejut penulis bila dapati mudah sungguh dakwat 'kekal' tu luntur dan hilang.


Juga satu hal dengan pengundi hantu, walaupun kita semua sedia maklum kalah menang itu perkara biasa, tapi kalau kalah sebab yang menang guna taktik kotor bagaimana? Ini adalah penipuan yang nyata. Penulis percaya samada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang tidak mahukan perkara sebegini. Manakala di pihak Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) pula kredibiliti mereka akan dipertikaikan. Sewajarnya kita semua mahukan keadilan dan kesaksamaan.


Apapun kita semua adalah penyumbang kepada kemajuan Negara. Jika perilaku kita baik, bermakna kita menyumbang kebaikan kepada Negara kita. Dan jika perilaku kita jahat, bermakna kita menyumbang keburukan kepada Negara kita sendiri. Tolak perkauman, semua bangsa bersatu padu  dan kita akan terus maju. Bukankah perkongsian itu akan memaju kejayaan kita bersama?